Wednesday 30 November 2011

Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Sayap UMNO di PWTC

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

Seterusnya Kat Sini Lerrr--->>>

"SAYA TAK TAKUTLAH"


Cayalah Kak Jat. Terkencing Zuraida. Wanita UMNO pantang dicabar. Berdepan dengan Shahrizat kalau berani Zuraida. Ucapan paling HOT Tahun ini.

Seterusnya Baca Kat Sini ----->>>

"Kerana Enam Jahanam"


TEKS PENUH Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mendedahkan formula pembangkang menghancurkan negara yang beliau sifatkan enam jahanam versi moden.
Seterusnya Baca Kat Sini ---->>>>

Gambar-Gambar PAU 2011

Amacam ... sempoiiiiiiiii ..... siap ada PENYERI LAGI .....





Lagi Gambar-Gambar PAU ....Klil Sini ---->>> 

Parti Keramat Tanah Melayu 1946-2011

Tuesday 29 November 2011

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman Akhirnya Diluluskan Dengan Pindaan

Selasa November 29, 2011


KUALA LUMPUR: Rang undang-undang kontroversi iaitu Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak akhirnya diluluskan selepas melalui perbahasan kira-kira dua setengah jam pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa dengan pembangkang memboikotnya separuh jalan.

Rang Undang-undang itu dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lepas selepas bacaan kali pertama pada 22 November oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun anggota parlimen dari pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi penggulungan, rang Undang-undang itu tetap diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Antara lain usul pindaan berkenaan membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada 10 hari.

Selain itu, Fasal 12(1) rang undang-undang itu turut dipinda bagi memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan berkenaan dari 48 jam kepada 24 jam sahaja.

Turut dipinda membabitkan Fasal 12(2) bagi tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan telah dipendekkan dari lima hari kepada 24 jam.

Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan dari 12 hari kepada lima hari seperti yang dinyatakan pada pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan terhadap Fasal 15, membolehkan polis mengenakan sekatan ke atas pelbagai aspek perhimpunan termasuk masa dan tempat demi keselamatan atau ketenteraman awam bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan, anggota parlimen pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan meminta supaya Jawatankuasa Khas Parlimen meneliti semula rang undang-undang berkenaan.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Mohamed Nazri berkata apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata.

"Berkaitan dengan notis (makluman perhimpunan) pula, Ketua Pembangkang (Anwar) dalam perbahasan merujuk kepada memorandum atau satu draf rang undang-undang disediakan oleh Majlis Peguam. Majlis Peguam tak setuju dengan notis. Tapi, apa yang menghairankan, ketika berhimpun pagi tadi (depan bangunan Parlimen), dia (Majlis Peguam) dah bagi notis. Kita (kerajaan) bagi notis, dia marah pula.

"Kalau tidak suka beri notis, mengapa perlu beri notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan tadi? Satu Malaysia tahu. Maknanya, mereka mahu perlindungan polis kalau ada usaha provokasi kumpulan lain.

"Oleh itu, beri notis ini bukan hendak sekat tetapi hendak jaga mereka. Memang dulu 30 hari dan telah pun diturunkan kepada 10 hari sahaja. Ini menununjukkan kita dengar pandangan rakyat.

"Jadi, jangan perasanlah pembangkang. Perangai pembangkang, kalau kita tidak dengar cakap rakyat, dia kata kita zalim. Kalau kita dengar, mereka kata lain pulak. Merekalah penipu besar. Cakap benda yang tidak benar kepada rakyat," katanya.

Mohamed Nazri menambah, undang-undang sedia ada di negara luar memperuntukkan tempoh masa yang berbeza mengenai pemakluman notis kepada pihak berkuasa.

"Dalam perkara ini, fasal 9(1) hendaklah dibaca dengan fasal 14 iaitu polis perlu beri respons dalam masa lima hari. Jika polis gagal beri respons, hendaklah diteruskan (perhimpunan). Jadi, buatlah. Apa yang masalahnya?

"Dalam masa lima hari, ada perkara-perkara tertentu perlu dilakukan seperti perjumpaan dengan polis hendaklah dilakukan. Ini tadi Bagan (Lim Guan Eng, DAP-Bagan) merayu dan merintih... kata di Pulau Pinang tiap-tiap minggu ada perhimpunan haram. Inilah yang kita hendak bantu. Sebab itu perlu bagi notis. Dia cakap tapi sebenarnya tikam diri sendiri," kata Nazri.

Berita Dari Sini --->>>


Komen Aku ...


Cantekkkkkkkkkkkkkk.....!!!
Aku Sokongggggggggg 1000x%

Perhimpunan Agung UMNO 2011

SELAMAT BERSIDANG ....