SONGKOK TINGGI PILIHAN GOLONGAN MUDA
Songkok setinggi lima dan enam inci yang digemari anggota Umno pada tahun 40-an dan 50-an kini kembali menjadi pilihan anggota muda parti itu.
Peniaga songkok, Jaswar Januar berkata kira-kira 60 peratus daripada lebih 500 songkok yang dijualnya setakat ini merupakan jenis itu.
Katanya, harga yang dijual berbeza mengikut ketinggian songkok iaitu antara RM50 dan RM60 bagi yang setinggi lima inci, dan RM61 hingga RM65 bagi songkok tinggi enam inci.
Harga juga mengambil kira saiz lilitan dan jenis baldu yang digunakan.
"Masa Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno dua hari lepas saya suka tengok ramai perwakilan Pemuda pakai songkok ini, mengenangkan kembali saya kepada zaman Datuk Onn Jaafar yang suka pakai songkok tinggi dengan cara yang senget ke tepi," katanya.
Sumber : MSTAR
Dianggap Sebagai Penyelamat Konsert Melly Goeslow, Aina Abdul Akui Terharu
– “Tak Sangka, Saya Rasa Ramai Tak Suka Saya Sejak AJL39..”
-
Penyanyi popular, Aina Abdul enggan terlalu bersorak gembira selepas dia
dikatakan menjadi penyelamat Konsert Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite
baru-baru...
26 minutes ago
0 comments:
Post a Comment