KELAB 1PUTERA 1MALAYSIA SEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN
Kelab Putera 1Malaysia yang selama ini lebih dikenali dengan misi kemanusiaan di dalam dan di luar negara, mengambil inisiatif menyediakan bantuan awal perubatan di Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Sekumpulan 10 sukarelawan kelab itu yang bekerja secara bergilir dari 7 pagi hingga 11 malam sejak perhimpunan bermula, mengenakan rompi jingga dan menggalas 'Ambu Bag' yang mengandungi tangki oksigen mudah alih bagi memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Mereka juga menyediakan dua ambulans kategori 'A' yang dilengkapi kemudahan untuk pembedahan kecil.
"Tugas kami sekadar beri rawatan awal sebelum dirujuk kepada pusat rawatan sementara Hospital Kuala Lumpur di Aras 3, PWTC," kata Mohd Khusaini Hassan yang mempunyai pengalaman 11 tahun dalam bidang itu.
“Tergamam Aku” – Wanita Kongsi Pengalaman ‘Check’ ECG, Terkejut Perlu Buka
Pakaian Dalam
-
Satu perkongsian di Threads mencetuskan perbualan hangat apabila seorang
wanita meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui prosedur pemeriksaan
jantung (...
1 day ago

0 comments:
Post a Comment