Malam ini malam jumaat, elok2 lah kita beribadah dan berzikir banyak2…
Zikir Malam Jumaat
Pada malam Jumaat , kita digalakkan membaca
Surah 18 Al-Kahfi (Gua)
Surah 19 Maryam (Perlindungan Dunia & Akhirat)
Surah 32 As-Sajadah (Sujud)
Surah 36 Yassin (Jantung Al-Quran)
Surah 55 Ar-Rahman (Pemurah / Murah Rezeki)
Surah 56 Al Waqiah (Kiamat)
Surah 76 Al-Insan (Manusia)
Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.
Surah 001 Al Fatehah
Surah 112 Al Ikhlas
Zikir Astaghfirullahalazim beserta Zikir-zikir lain
Solat
Sunat Taubat
Sunat Tahjud
Sunat Hajat
Sunat Istikharah
Sunat Kesyukuran
Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah 32 As-Sajadah (Sujud)
dan akan sujud Sajadah.
Zikir, Selawat dan membanyakkan doa. Insyaallah
------------------------------------------------------
Cerita Dongeng Malam Jumaat...
Alkisahnya, ada hamba Allah ni yang kerjanya selalu outstation, macam orang jual ubat yang lama baru balik rumah. Pada satu petang Khamis tu dia pun balik rumah. Dah mandi gitu dia pun sembahyang, lepas sembahyang dia berwirid. Masa tengah zikir, “La ilaha illallah…”, dia berhenti sekejap
teriak tanya bini, “Budak-budak dah mandi, Mah”.
“Dah Bang” jawab bininya.
‘La ilaha illallah …” disambung zikirnya.
Tak lama lepas tu, dia berhenti sekejap zikirnya dan tanya, “Budak-budak dah makan, Mah”.
“Dah Bang, saya kasi makan terus lepas pakaikan baju tadi”, jawab bininya.
Syukur dia dapat bini yang cekap. “La ilaha illallah …” dengan laju sikit rentak zikirnya.
Selepas beberapa minit, dia tanya lagi bininya, “Budak-budak dah tidur
Mah”.
“Dah Bang” jawab bininya tu.
“Baguslah tu”, dia jawab dengan senyum sedikit.
Laju sekali zikirnya macam naik sheikh, “La ilahaillah …” tak sabar.
Tak berapa minit lepas tu dia berhenti sekejap lagi dan dengan nada
romantik ditanya bininya, “Mah dah sembahyang belum”.
Bininya lantas menjawab, “Tak boleh sembahyang, Bang”.
“Laaaaaa ilaaaaha illallaaaaaaaahhhhhh”, dengan nada mengeluh diakhiri zikir panjangnya dan terus naik katil tidur, kecewa salah kira hari untuk pulang. Yang bini di luar heran kenapa tiba-tiba berhenti zikir suaminya….
ppp
Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-Gara Terlanggar Ahli Keluarga
-
Seorang lelaki dipercayai bertindak agresif selepas anaknya dilanggar
dengan menumbuk pemandu kereta Perodua Axia dalam kejadian di Bazar
Aidilfitri Data...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment