SONGKOK TINGGI PILIHAN GOLONGAN MUDA
Songkok setinggi lima dan enam inci yang digemari anggota Umno pada tahun 40-an dan 50-an kini kembali menjadi pilihan anggota muda parti itu.
Peniaga songkok, Jaswar Januar berkata kira-kira 60 peratus daripada lebih 500 songkok yang dijualnya setakat ini merupakan jenis itu.
Katanya, harga yang dijual berbeza mengikut ketinggian songkok iaitu antara RM50 dan RM60 bagi yang setinggi lima inci, dan RM61 hingga RM65 bagi songkok tinggi enam inci.
Harga juga mengambil kira saiz lilitan dan jenis baldu yang digunakan.
"Masa Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno dua hari lepas saya suka tengok ramai perwakilan Pemuda pakai songkok ini, mengenangkan kembali saya kepada zaman Datuk Onn Jaafar yang suka pakai songkok tinggi dengan cara yang senget ke tepi," katanya.
Sumber : MSTAR
Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-Gara Terlanggar Ahli Keluarga
-
Seorang lelaki dipercayai bertindak agresif selepas anaknya dilanggar
dengan menumbuk pemandu kereta Perodua Axia dalam kejadian di Bazar
Aidilfitri Data...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment