Thursday 1 December 2011

Anggota Umno 3,297,358 Orang

Jumlah Rasmi Anggota Umno 3,297,358 Orang
KUALA LUMPUR: Keanggotaan Umno mencecah 3,297,358 orang sehingga semalam, dengan Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 487,447 orang. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Bahagian Silam di Sabah mempunyai anggota teramai iaitu 44,440 orang, manakala Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor mempunyai anggota peringkat cawangan paling ramai iaitu 1,631 orang.

Jumlah keseluruhan perwakilan Umno yang hadir pada perhimpunan kali ini ialah seramai 2,711 orang, katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini, Khamis. Beliau berkata, perhimpunan kali ini turut melibatkan 78 delegasi mewakili 26 parti dari 24 negara termasuk Bangladesh, Palestin, Singapura dan Indonesia, serta 64 perwakilan daripada 74 Kelab Umno Luar Negara.

Umno juga katanya menyebar luas penggunaan media baru melalui Facebook Media Plus Malaysia dan Twitter Umno Online dan juga informasi ringkas melalui SMS Plus.

Artikel Dari : MSTAR

0 comments:

Post a Comment