14 tahun berlalu .... 2012 - 1998 Semangat Aku yang cukup Kental & Kuat selama ini akhirnya Tewas jugak ....
Kegagalan Adakala bukan berpunca dari Kesilapan Percaturan Tapi Sikap Segelintir Bangsa Aku sendiri yang tidak pernah puas hati bila melihat Melayu Berjaya
"Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia"
Syukur Alhamdulillah kepada mereka yang berjaya ..... menjahamkan hidup aku....
Moga Allah S.W.T ampunkan Dosa kalian kepada Aku ....
Aku pinjam lirik lagu Jamal & Malique ....
Aku Maafkan Kamu Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam Ini bukan lagu rindu ini madah dendam Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka oleh manusia Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa Maafkan mereka, mereka tiada nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan Baling ku ramit kucup lehernya Terlalu rahi dendam di angan Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara Kalau terpelajar sila guna hak miranda Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif) Ada teratak di hujung kampung (Ba) Bawah cermin kopak ada kotak (Ta) Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
"Ya Allah, tolonglah aku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku.
Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan." (HR.Muslim)
Doa
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Jika Rezeki ini BOLEH membahagiakan kedua ibubapa ku kau permudahkanlah ia bagiku...
Jika Rezeki ini BOLEH membahagiakan isteri dan anak-anak ku kau permudahkanlah ia bagiku...
Jika Rezeki ini BOLEH melangsaikan hutang piutang ku kau permudahkanlah ia bagiku...
Jika Rezeki ini BOLEH membuatkan aku beriman dan bertaqwa kau permudahkanlah ia bagiku...
amin..amin..amin
Surat Al-An Am Ayat 162
Larangan Meminta-minta Mati
Artinya: “Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh.”
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran hadith:
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.
Bertemu Ahli Syurga?
-
Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari syurga telah
menghembuskan nafas terakhir.
Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masa...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
-
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat
menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang sew...
0 comments:
Post a Comment