Sunday 8 January 2012

PAS Pecat Hasan Ali Serta Merta Kerana Perjuangkan Islam

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bertindak nekad memecat keahlian Datuk Dr. Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuatkuasa serta merta pada mesyuarat yang diadakan di sini hari ini.

Menurut sumber rasmi Pas, Harakahdaily.net sebentar tadi, keputusan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) setelah ADUN Sri Gombak itu menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Pas.

Hasan yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini beberapa kali mempertahankan pendiriannya mengkritik hala tuju Pas yang mengubah perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkonsepkan negara berkebajikan.

Ekoran itu, terjadi pertikaman lidah di antara beliau dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali, yang menganggap Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, telah masuk ke dalam ‘perangkap UMNO’.

Sebelum itu, Hasan juga mempertahankan pendiriannya mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam yang kemudiaannya menimbulkan kontroversi.

Selain itu, beliau turut serta menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Stadium Melawati Shah Alam di atas kapasiti seorang Muslim tanpa kepentingan politik meskipun dilarang oleh kepimpinan Pas.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

KUALA LUMPUR – Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam reaksi awal beliau setelah dipecat serta merta sebagai ahli PAS menyatakan rasa sedih dan kecewanya dengan apa yang berlaku.

Menurut Hasan, beliau menjadi mangsa hanya kerana berjuang untuk Islam.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang akhbar bagi meluahkan perasaan kecewa beliau atas tindakan luar duga PAS pusat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bertindak nekad memecat Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuatkuasa serta merta pada mesyuarat yang diadakan di sini hari ini.

Menurut sumber rasmi Pas, Harakahdaily.net sebentar tadi, keputusan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) setelah ADUN Sri Gombak itu menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Pas.

Hasan yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini beberapa kali mempertahankan pendiriannya mengkritik hala tuju Pas yang mengubah perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkonsepkan negara berkebajikan.


Perubahan dari negara Islam kepada negara berkebajikan dilihat bagi menjaga hati rakan Pakatan Rakyat terutama DAP yang bermati-matian tidak mahu hudud atau perundangan Islam dilaksanakan.

Hassan merupakan antara beberapa pemimpin yang berani mempersoalkan kembali tindakan PAS itu. Disebabkan kelantangan beliau mempertahankan perjuangan asal PAS, beliau kemudian dilempar dengan pelbagi tuduhan termasuk sebagai suara UMNO.

Beliau pernah dikecam pemimpin DAP dalam isu berkaitan rampasan arak di negeri Selangor dan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang terbabit dalam aktiviti memurtadkan orang Islam.
Cedok dari : MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment